Terma & Syarat
Dikemas kini: 30 Oktober 2026
Terma ini terpakai apabila anda menggunakan relayvo.my dan perkhidmatan Relayvo. Dengan membuka akaun atau menggunakan perkhidmatan, anda bersetuju dengan terma ini dan Dasar Privasi.
Akaun dan penggunaan
Berikan maklumat yang tepat, jaga kata laluan dan aktiviti akaun anda, dan maklumkan kepada kami jika ada akses tanpa kebenaran. Jangan gunakan Relayvo untuk kandungan yang menyalahi undang-undang, menipu, mengganggu orang lain, melanggar hak pihak ketiga atau cuba menjejaskan keselamatan perkhidmatan. Kami boleh mengehadkan atau menggantung akses bagi penyalahgunaan atau pelanggaran terma.
Content dan hasil AI
Anda bertanggungjawab terhadap prompt, fail dan content yang anda muat naik atau terbit. Pastikan anda mempunyai hak untuk menggunakannya. Anda boleh menggunakan hasil yang dijana melalui akaun anda tertakluk pada hak pihak ketiga dan syarat penyedia AI yang berkaitan. Hasil AI boleh salah, tidak tepat atau menyerupai karya lain; semak sendiri sebelum diterbitkan atau digunakan untuk keputusan penting. Relayvo memerlukan akses kepada input anda untuk memproses permintaan dan menyediakan hasil.
Pakej, kredit dan Daily Bonus
Harga, kuota dan caj semasa dipaparkan pada halaman Harga dan dalam produk sebelum anda mengesahkan pembelian atau penjanaan. Pakej awam berjalan selama 30 hari tanpa pembaharuan automatik. Kredit AI yang dibeli dan belum digunakan tidak luput, tetapi akses kepada ciri tertentu boleh bergantung pada pakej aktif. Kredit bagi penjanaan ditolak mengikut caj yang dipaparkan; kegagalan yang disahkan boleh dipulihkan selepas semakan. Daily Bonus tertakluk kepada pakej aktif, kuota harian dan ketersediaan penyedia AI. Hasil Daily Bonus tidak menggunakan kredit AI Studio.
Website Builder masih dalam ujian untuk admin sahaja. Pengguna biasa akan melihat status “Coming Soon”; ciri ini belum termasuk dalam pakej awam dan tiada jaminan tarikh pelancaran.
Bayaran dan pemulangan wang
Secara umum, pembelian pakej atau kredit tidak dipulangkan semata-mata kerana berubah fikiran, baki belum digunakan atau tempoh pakej tidak digunakan. Caj berganda yang disahkan akan disemak dan dipulangkan. Jika anda percaya caj dibuat secara salah, email support@relayvo.my atau hantar tiket sokongan bersama rujukan order. Hak pengguna yang diperuntukkan oleh undang-undang tetap terpakai.
Dompet RM dan affiliate
Baki dompet RM, referral dan komisen dipaparkan mengikut rekod transaksi Relayvo. Kelayakan komisen bergantung pada peraturan program dan status order yang berkenaan. Pengeluaran mungkin memerlukan pengesahan identiti, butiran penerima yang tepat dan semakan pentadbir. Kami boleh menahan transaksi yang disyaki penipuan, pertindihan atau pelanggaran peraturan sementara ia disiasat.
Ketersediaan dan perubahan
Kami berusaha memastikan perkhidmatan tersedia, tetapi AI dan penyedia pihak ketiga boleh mengalami gangguan atau perubahan. Kami boleh mengemas kini ciri, harga dan terma dari semasa ke semasa; perubahan penting akan dinyatakan dalam produk atau pada halaman ini. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini. Undang-undang Malaysia terpakai kepada terma ini. Untuk pertanyaan, email support@relayvo.my atau hantar tiket sokongan.
Terms & Conditions
These terms apply to relayvo.my and Relayvo services. By creating an account or using the service, you agree to these terms and our Privacy Policy.
Account and acceptable use
Provide accurate information, protect your login and tell us about unauthorized access. Do not use Relayvo for unlawful, fraudulent, abusive or rights-infringing content, or to compromise the service. We may restrict access for misuse or breaches of these terms.
Content and AI results
You are responsible for content you upload or publish and must have the rights to use it. You may use results generated through your account subject to third-party rights and applicable AI provider terms. AI results may be inaccurate or resemble existing works; review them before publishing or relying on them for important decisions. Relayvo processes your input to fulfil your request.
Plans, credits and Daily Bonus
Current prices, limits and charges appear on the Pricing page and in the product before purchase or generation. Public plans last 30 days without automatic renewal. Purchased unused AI credits do not expire, although access to some features requires an active plan. Generation charges use the displayed rates; verified failed requests may be restored after review. Daily Bonus depends on an active plan, daily limits and provider availability, and does not use AI Studio credits. Website Builder is in an admin-only trial and appears as “Coming Soon” to regular users. It is not included in public plans and has no promised release date.
Payments and refunds
Purchases generally are not refunded solely for a change of mind, unused credits or unused plan time. Verified duplicate charges will be reviewed and refunded. If you believe a charge is wrong, email support@relayvo.my or contact support with the order reference. Applicable statutory consumer rights remain in force.
RM wallet and affiliates
Wallet balances, referrals and commissions follow Relayvo transaction records. Commission eligibility depends on programme rules and relevant order status. Withdrawals may require identity verification, accurate payout details and administrator review. Suspected fraud or duplicate transactions may be held during investigation.
Availability and changes
We aim to keep the service available, but AI and third-party providers may change or experience outages. We may update features, prices and these terms, with important changes shown in the product or here. The date above identifies the latest version. Malaysian law applies. Email support@relayvo.my or contact support for questions.
